Posts Tagged ‘Phero-x’

Stailo: Lelaki & minyak wangi dan Tips pilih haruman sesuai


Stailo: Lelaki & minyak wangi

Tip pilih haruman sesuai

BIARPUN sekadar bau, pemilihan minyak wangi sesuai mampu menyerlahkan karektor empunya diri. Sama ada haruman daripada jenis Eau de Parfum (minyak) ataupun Eau de Toilette (semburan), lelaki harus memahami fungsi minyak wangi.

Jika dulu haruman dan wangian lebih dekat dengan wanita, lelaki zaman moden semakin menitik berat soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.

Sesuai dengan imej maskulin dan kelelakian, haruman untuk lelaki banyak berteraskan pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkit pesona dan tarikan maskulin.

Tidak seperti wanita yang lebih sinonim dengan unsur bunga-bungaan, haruman untuk lelaki lebih berunsur maskulin dan berbau sedikit kuat untuk menampakkan karektor sebenar lelaki.

Difahamkan, seni pembuatan minyak wangi bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir. Ia berkembang di kalangan masyarakat Rom dan Arab sebelum diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-14. Perkataan perfume itu sendiri dipercayai berasal dari ungkapan Latin.

Pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karektor diri, sama ada romantik, periang, tegas dan bercirikan individu.

Minggu ini kami memaparkan pelbagai koleksi terkini jenama minyak wangi khusus untuk lelaki. Haruman ini memfokuskan ciri-ciri individu dan karektor mereka. Tidak saja menarik dari segi rekaan botol, setiap jenama minyak wangi memiliki identiti tersendiri.

Sama ada haruman berteraskan unsur rempah atau buah-buahan sitrus, ada minyak wangi dicipta lebih istimewa dengan kombinasi pelbagai bahan.

Pengurus Pemasaran L’oreal Prestij Collection International (PCI) Asia, Casandra Teo berkata, lelaki pada dasarnya mahu minyak wangi dari jenis tahan lama selain mementingkan imej sofistikated jenama haruman yang berprestij.

Teo berkata, fungsi haruman lelaki merangkumi perbezaan siang dan malam di mana unsur segar dan lembut lebih sesuai digunakan waktu siang manakala haruman jenis berempah dan kasturi sesuai disembur pada waktu malam.

Potensi pasaran untuk haruman lelaki semakin menggalakkan. Ini membuatkan banyak jenama meningkatkan kandungan selain mempelbagaikan haruman baru termasuk kandungan uniseks,” katanya.

Pendapat sama turut dikongsi Eksekutif Kanan Pemasaran Aramis & Designer Fragrances, Ashley Wong yang menyimpulkan secara keseluruhan lelaki urban menggemari haruman bercirikan maskulin. Jejaka juga suka haruman yang dapat bertahan lama.

TIPS NAK  TAHAN LAMA ( klik sini )

Pendapat sama turut dikongsi Eksekutif Kanan Pemasaran Aramis & Designer Fragrances, Ashley Wong yang menyimpulkan secara keseluruhan lelaki urban menggemari haruman bercirikan maskulin. Jejaka juga suka haruman yang dapat bertahan lama.

// “Misalnya, lelaki Melayu lebih cenderung mengenakan minyak wangi yang mampu memberi kesan haruman lebih kuat serta tahan lebih lama.

Biar apapun pilihan haruman berdasarkan cita rasa dan identiti diri, pastikan minyak wangi yang digunakan sesuai dengan acara dihadiri. Elak menyembur minyak wangi beraroma kuat pada waktu siang serta usah menyimpan minyak wangi hingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.

Tip pilih minyak wangi ideal

1. Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).
2. Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette.
3. Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.
4. Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.
5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.
6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.
7. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.
8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.
9. Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut cita rasa.
10. Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.

. Selamat mencuba!

Kategori haruman:
Bunga-bungaan – Unsur bunga banyak berkait rapat dengan feminin dan elemen romantis.
Buah Campuran ekstrak buah pilihan sesuai untuk membangkitkan unsur segar dan hangat.
LautanElemen sintetik dan bau alam menjanjikan haruman tahan lebih lama.
Kehijauan Unsur segar yang memberi inspirasi haruman alam semula jadi.
OrientalErotik dan seksi mengandungi bau-bauan seperti vanila, kasturi, rempah dan bunga-bungaan.
Tumbuhan kayuInspirasi unsur alam – haruman ini kaya dengan bau kulit kayu dan tumbuhan tropika.

sumber ; http://lelakighairah.com/

ada juga minyak wangi lelaki yang paling heboh diperkatakan, anda semua pernah dengar sejenis minyak wangi yang mengandungi pheromone? Apa itu PHEROMONE?

Antara kelebihannya adalah minyak wangi jenis pheromone ini mampu untuk memikat pasangan kita,sejauh mana kebenarannya.

Kalau anda semua ingin tahu apa itu pheromone klik >> http://en.wikipedia.org/wiki/Pheromone

Disini saya memberi contoh minyak wangi yang berasaskan pheromone;

untuk lelaki ada 2 jenis;

1) Phero-x ( maklumat lanjut klik sini )

2) Flaming Desire ( maklumat lanjut klik sini )

untuk wanita ada 2 jenis;

1) Mystique Switzerland Coppulins ( maklumat lanjut klik sini )

2) Pherolins ( maklumat lanjut klik sini )

Semoga Info yang saya berikan berguna pada anda semua;

sekian terima kasih